Iklan

Download Nasyid »
Download Nasyid? Disini! Download Segera!!
http://ridowahyudi.blogspot.com/?id=rido

Penggalan Artikel

Rido Wahyudi

Silakan yang mau ke blog pribadi ane ...Read more...

Daftar Isi

Tuesday 18 May 2010

Firdaus - Cinta dan harapan

Photobucket

Profilnya begini, bahasa Malaysia ya!

Firdaus mula ditubuhkan pada tahun 1995 di Pusat Matrikulasi, Universiti Utara Malaysia dengan nama asal De Firdaus. Pada awalnya, kumpulan ini bernaung di bawah Unit Kesenian, Persatuan Pelajar Islam, Pusat Matrikulasi, UUM. Setiap kali mula mendaftarnya para pelajar baru, maka kumpulan ini telah membuka keahlian mereka kepada para pelajar baru ini untuk menjadi pelapis dalam memperjuangkan irama nasyid. Maka, timbullah identiti kumpulan ini sebagai kumpulan nasyid yang mempunyai pelbagai generasi. Sehingga profil ini ditulis, kumpulan ini telah mempunyai 7 generasi kesemuanya.

Kumpulan ini pada dasarnya diilhamkan oleh ketua kumpulan iaitu, Mohd. Khairil Azrin Rafli. Beliau merupakan bekas anggota kumpulan Suara SMAKL dan juga kumpulan Anugerah. Pengalaman yang ditimba oleh beliau menerusi 2 album sewaktu persekolahan menengah beliau telah dicurahkan untuk memajukan kumpulan ini.

Pada awalnya, kumpulan ini sekadar membuat persembahan untuk majlis-majlis anjuran persatuan, kolej-kolej di UUM serta sekolah-sekolah di sekitar utara semenanjung Malaysia. Mereka juga menyertai pertandingan-pertandingan nasyid anjuran pelbagai IPT di seluruh Negara.

Perkembangan industri hiburan yang menjurus ke arah nasyid pada awal 1997 telah mendorong enam orang anggota dari kumpulan ini untuk mencuba nasib bagi merakamkan album untuk pasaran komersial. Mujahid Abd Wahab (Nowseeheart) merupakan orang yang telah memperkenalkan kumpulan ini kepada wakil syarikat rakaman SRC. Setelah melalui pelbagai sesi ujibakat di bawah bimbingan En Adnan Abu Hassan akhirnya pada 1 Ogos 1997, enam orang anggota kumpulan ini telah menandatangani perjanjian kontrak sebagai artis Suria Records (SRC) dengan nama FIRDAUS. Enam orang anggota itu ialah, Mohamad Ismandi Wasli, Mohd. Idzwan Yacob, Mohd. Khairil Azrin Rafli, Mohamad Rasul Mohd. Noor, Syed Fadilah Syed Alias dan Mohd. Tarmidi Mahli.

Album pertama kumpulan ini telah diterbitkan oleh Ahmad Sharani Ismail dan telah mula dipasarkan pada 3 Mac 1998. Album yang berjudul ‘Keampunan’ ini telah mula memperkenalkan kumpulan ini ke persada industri hiburan nasyid tanah air. Antara lagu yang mendapat perhatian ialah Permata Ayah Bonda serta Keampunan.

Antara komposer yang telah memberikan sentuhan mereka di dalam album ini ialah Adnan Abu Hassan, Yassin dan Isman (Hijjaz). Album ini telah mencatat penjualan memberangsangkan sehingga mendorong syarikat rakaman mereka untuk menghasilkan album kedua kumpulan Firdaus.

Oleh kerana kesibukan dengan kuliah dan akademik, rakaman album kedua kumpulan ini telah mengambil masa yang agak panjang. Album kali ini menampilkan sentuhan penerbit yang pernah menjulang anugerah Album Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) 2000 iaitu Suhaimi Mohd. Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah. Menerusi album ini, Firdaus hanya tampil bersama 4 orang anggota sahaja kerana dua anggota asal kumpulan ini iaitu Khairil Azrin dan Syed Fadillah telahpun menarik diri.

Pada 16 Oktober 2000, kumpulan ini telah muncul dengan album kedua mereka yang diterbitkan oleh Pak Ngah dan Eddie Marzuki. Album yang berjudul ‘Fisabilillah’ ini menekankan konsep irama muzik etnik kreatif seperti irama padang pasir, rebana keras, zapin dan sebagainya. Album ini telah mendapat sentuhan komposer2 seperti Pak Ngah, Rosli Selaseh dan juga Fadzil Ahmad.

Album mereka yang ketiga pula telah muncul pada penghujung tahun 2002. Album yang berjudul Cinta Dan Harapan itu telah menampilkan sentuhan penerbit Isman Nadim (Hijjaz) dan juga Mujahid Abd. Wahab (Nowseeheart). Antara lain album tersebut menaruhkan lagu2 sentuhan komposer seperti Isman Nadim, Mujahid, Ajai, Alfa Booty, Khairil Azrin, Trabye dan Rosli Selaseh.

So, tunggu apa lagi? Silakan langsung download lagunya!

Cinta dan Harapan

Rayuan Hamba

Kata-kata

Berserah

Cermin Duniawi

Permata Ayah Bunda

Jendela Hati

Perjalanan

Putaran Kehidupan

Wudhu

No comments:

Post a Comment

 

Download Islami, Nasyid

Kembali lagi ke atas